Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Amalkan langkah berjaga-jaga yang betul

    Semasa menghantar anak ke sekolah kira-kira dua minggu yang lalu, saya hampir terlibat dalam kemalangan jalan raya.

    Manakan tidak, terdapat sebuah lori treler yang rosak berhenti di atas bukit di sebelah kiri jalan di kawasan Kampung Rimba.

    Memang betul, kebiasaannya orang meletakkan dahan kayu di bahagian belakang kenderaan untuk menandakan bahawa kenderaan tersebut sedang mengalami kerosakan.

    Ada juga yang meletakkan kon kecemasan beberapa meter di belakang kawasan kerosakan.

    Tetapi dalam hal ini, sepatutnya pemandu lori tersebut meletakkan kon kecemasan di kaki bukit, bukannya beberapa meter di belakangnya.

    Gambar Envato Elements

    Dengan berbuat demikian, orang ramai yang lalu di kawasan tersebut dapat menjangka dan mengetahui ada sesuatu yang berlaku di atas bukit tersebut.

    Lebih-lebih lagi, kejadian itu berlaku ketika waktu puncak iaitu semasa orang ramai menghantar anak ke sekolah atau sedang memandu ke tempat kerja.

    Di kesempatan ini, saya ingin mencadang-kan kepada pihak berwajib atau sekolah memandu supaya menekankan perihal perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menghadapi kerosakan kereta.

    Hal ini penting demi menjaga keselamatan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

    Ingatlah, kadang-kadang kita sudah memandu dengan sangat berhemah, tetapi disebabkan kejahilan orang lain, kita pula yang terpaksa menanggung akibatnya.

    Haji Arfah

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    Berita Berkaitan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    PBB rai lima aktivis belia guna teknologi bagi tujuan perubahan positif

    GENEVA, 21 NOV - Lima aktivis muda dari seluruh...

    Terkini

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Suasana sidang media kali...