Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Amalkan pengambilan air secukupnya

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Ketika dalam penerbangan dan disusuli dengan pelaksanaan ibadah haji, bakal jemaah disarankan untuk mengamalkan pengambilan air yang secukupnya dan meminimumkan pendedahan kepada cuaca panas.

    Selain itu, para bakal jemaah haji perlu sentiasa bergerak aktif untuk meregangkan otot badan sekali gus meningkatkan stamina mereka.

    Perkara berkenaan antara yang ditekankan oleh Pegawai Perubatan Haji, Dr Mohammad Khairul Azmi bin Haji Moksin semasa ditemui Media Permata di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas (LTAB) sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci untuk mengiringi bakal jemaah haji bagi penerbangan pertama, kelmarin.

    Menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab beliau bersama dua orang jururawat bagi memantau rombongan penerbangan pertama itu, jelasnya, mereka akan sentiasa menjalankan pemantauan tahap kesihatan para bakal jemaah haji negara dengan teliti di mana mereka juga memiliki senarai rekod kesihatan rombongan yang diiringi itu lebih-lebih lagi yang mempunyai kesihatan berisiko tinggi.

    “Sekiranya berlaku kecemasan dari segi kesihatan yang dihadapi oleh rombongan bakal jemaah haji, kebiasaannya pemeriksaan segera akan dilakukan, di samping itu pihak perubatan juga menyediakan keperluan kesihatan seperti ubat-ubatan yang mencukupi sepanjang perjalanan,” tambahnya.

    Dr Mohammad Khairul menambah, antara aduan masalah kesihatan yang biasa diperolehi termasuk batuk, sakit kepala, selesema serta sakit badan dan sendi.

    Dr Mohammad Khairul semasa ditemui Media Permata di LTAB, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...