Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran maksimum Belal ditarik balik

    PORT LOUIS, 16 JAN – Mauritius hari ini menarik balik amaran maksimum taufan ketika ia menilai kemusnahan yang ditimbulkan oleh ribut tropika Belal ke negara kepulauan di Lautan Hindi itu.

    Belal telah meragut nyawa seorang individu di pulau syurga terpencil itu, meninggalkan ribuan orang tanpa bekalan elektrik dan menyebabkan kekacauan lalu lintas dengan banyak kereta ditenggelami air banjir atau berlonggok di jalan raya.

    Perkhidmatan Meteorologi Mauritius (MMS) berkata ‘buletin keselamatan’ kini berkuat kuasa ketika Belal sedang bergerak meninggalkan Mauritius, tiga jam selepas mengumumkan bahawa ia meningkatkan amarannya kepada empat, tahap maksimum.

    Kerajaan kelmarin telah mengarahkan penduduk untuk tinggal di dalam rumah, tetapi sekatan itu dilonggarkan hari ini, dengan MMS sebaliknya berkata dalam kemas kini pada jam 0610 GMT bahawa orang ramai ‘sangat dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan tinggal di tempat yang selamat’.

    Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan memberikan amaran bahawa angin 80 kilometer sejam dijangka dan ombak sehingga tujuh meter, menimbulkan risiko banjir di kawasan beraltitud rendah.

    Polis berkata, mayat seorang penunggang motosikal ditemui di lebuh raya yang dinaiki air, mangsa kemalangan jalan raya. Perdana Menteri Pravind Kumar Jugnauth, dalam satu kenyataan di televisyen nasional kelmarin, mengesahkan satu kematian. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda