Tuesday, April 29, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon rancang kembangkan kedai Whole Foods

    WASHINGTON, 31 Dis – Syarikat e-dagang besar AS, Amazon merancang membina dan meluaskan kedai-kedai Whole Foods di seluruh negara untuk mewujudkan lebih ramai pelanggan dalam jarak perkhidmatan penghantaran dua jamnya, media tempatan melaporkan semalam.

    Langkah itu akan membawa Whole Foods ke kawasan-kawasan lain dan pinggir kota yang mana rangkaian runcit dengan cepat mendapat ramai pelanggan sejak ia diperolehi oleh Amazon dalam tahun 2017, menurut Wall Street Journal, dengan merujuk mereka yang mengetahui tentang rancangan itu.

    Amazon juga merancang meluaskan perkhidmatan penghantaran dua jam dan perkhidmatan pengambilan barangan runcit hampir kesemua kira-kira 475 kedai Whole Foods di AS, menurut laporan itu, ketika syarikat besar e-dagang itu ingin menggunakan faedah untuk anggota-anggota Prime untuk menarik minat ramai pelanggan ke Whole Foods dan menarik minat mereka ke sana lebih kerap.

    Pada masa ini Amazon menawarkan perkhidmatan Prime Now, perkhidmatan penghantaran dua jam kepada para anggota Prime di lebih 60 buah bandar, dan pengambilan barangan runcit online dari kedai-kedai Whole Food dalam tempoh serendah-rendahnya 30 minit dari lebih 20 buah bandar. “Penghantaran barangan runcit melalui Prme Now menjadi popular di kalangan para pelanggan kami dan kami gembira untuk meluaskan pilihan pengambilan barangan runcit malah kepada lebih ramai lagi anggota Prime,” Timbalan Presiden Ekskeutif Operasi Whole Foods Market Christina Minardi berkata dalam satu kenyataan pada awal November. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda