Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ambulans palsu, seludup 28 pendatang tanpa izin

    BANDAR MEXICO, 23 JAN – Pihak berkuasa Mexico telah mengesan banyak skim pelik untuk menyeludup pendatang Amerika Tengah ke sempadan AS, tetapi kelmarin mereka mengatakan telah menemui yang baharu: ambulans palsu yang dimuatkan dengan 28 warga Nicaragua, termasuk sembilan kanak-kanak tanpa ditemani.

    Jabatan Dalam Negeri Mexico berkata kenderaan itu telah dicat dengan logo palsu daripada rangkaian hospital kerajaan. Kenderaan itu diberhentikan di negeri pantai Pasifik Oaxaca. Institut Migrasi Kebangsaan berkata pemandu itu cuba menyamar sebagai pekerja penjagaan kesihatan dan telah ditahan.

    Pendatang yang ditemui dalam keadaan sedemikian biasanya pulang ke negara asal mereka, melainkan mereka menjadi mangsa jenayah.

    Pemerdagangan imigran di Mexico umumnya cuba menyeludup pendatang dalam bas atau trak barang. Trak itu sering dicat dengan logo syarikat terkenal untuk mengelakkan pemeriksaan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda