Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ameng ditipu cek tendang RM30,000

    Ameng atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, berkata momen paling diingati adalah insiden dibayar cek tendang berjumlah RM30,000 selepas mengadakan persembahan di sebuah lokasi berprestij.

    “Kejadian berlaku sekitar dua tahun laku dan isu tak dapat bayaran ini banyak kali terjadi, bahkan hingga hari ini masih lagi berlaku.

    “Dapat cek tendang, bayar dengan duit palsu. Saya pernah menyanyi di sebuah acara berprestij dan dapat bayaran berjumlah RM30,000.

    “Bila saya pergi bank, rupa-rupanya cek tendang. Tapi, saya tak salahkan tuan rumah, sebaliknya itu salah orang yang berurusan dengan pengurusan saya,” katanya kepada BH Online.

    Ditanya adakah serik dengan kejadian menimpanya, Ameng berkata, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

    Ameng akan pastikan ambil wang pendahuluan sebelum mengadakan persembahan. – Utusan Malaysia

    “Biasanya saya akan ambil deposit terlebih dahulu. Tapi untuk acara itu, saya tak berbuat demikian atas dasar percaya.

    “Mungkin selepas ini saya akan pastikan saya ambil duit pendahuluan sebelum buat persembahan,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di sebuah pusat hiburan, kelmarin.

    Dalam pada itu, Ameng turut mengakui masalah ketiadaan hitam putih menyebabkannya sukar untuk membuat sebarang tuntutan.

    “Masalahnya sebab kami (penyanyi) yang buat persembahan tiada perjanjian bertulis dan sebagainya.

    “Jadi, bila nak buat tuntutan di mahkamah, ia agak sukar sebab semua benda kita perlu buat sendiri.

    “Nak turun naik mahkamah, nak bayar peguam dan sebagainya. Jadi ia agak tidak berbaloi untuk dilakukan,” jelasnya.

    Selain Ameng, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...