Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    AMRO kekalkan unjuran pertumbuhan 2024 ASEAN+3 pada 4.5 peratus

    KUALA LUMPUR, 18 JAN – Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) mengekalkan unjuran pertumbuhan 2024 pada 4.5 peratus bagi rantau ASEAN+3, memandangkan sektor luaran yang bertambah baik sehingga semakin menyokong permintaan domestik yang berdaya tahan.

    Ketua Ahli Ekonomi, Hoe Ee Khor berkata permintaan domestik yang kukuh dalam keadaan inflasi menjadi sederhana dan peningkatan berterusan perdagangan akan mendorong pertumbuhan, walaupun terdapat ketidaktentuan prospek global.

    “Eksport meningkat pada akhir tahun lepas, jumlah jualan runcit dan inflasi keseluruhan menjadi sederhana pada suku keempat 2023.

    “Oleh itu, kami cukup yakin pertumbuhan tahun ini akan dipacu oleh perbelanjaan domestik dan eksport yang lebih kukuh,” katanya pada taklimat media secara maya mengenai perkembangan sukuan bagi Januari dalam Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO) hari ini.

    ASEAN+3 terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN, ditambah dengan China, Jepun, dan Korea Selatan.

    Gambar Freepik

    Beliau berkata rantau itu diunjur mencatatkan pertumbuhan setahun penuh pada 4.4 peratus pada 2023, tinggi sedikit daripada unjuran AMRO sebelum ini pada Oktober 2023 iaitu 4.3 peratus.

    Prestasi itu akan mencerminkan pertumbuhan China yang lebih tinggi iaitu 5.2 peratus, meningkat daripada unjuran 5.0 peratus suku lepas, katanya.

    Hoe berkata kestabilan aktiviti perindustrian dan perkhidmatan dalam ekonomi China membantu menyediakan momentum tambahan kepada rantau itu pada 2024, di samping peningkatan eksport secara beransur-ansur ke pasaran utama lain.

    Pemulihan hartanah China secara beransur-ansur dan jangkaan kembalinya sektor pelancongan kepada tahap sebeum pandemik juga akan menyokong pertumbuhan serantau, katanya.

    “Pemulihan kitaran teknologi global mula dicatatkan dalam prestasi eksport di rantau ini, terutama elektronik. Walau bagaimanapun, eksport ketinggalan dari segi pemulihan, sebab itulah tinjauan sentimen pembuatan baru-baru ini agak bercampur-campur,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...