Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Samsung mahu dapatkan semula takhta telefon pintar

    SAN JOSE, 18 JAN – Samsung kelmarin mengeluarkan telefon pintar Galaxy terbaharunya dengan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu ketika syarikat gergasi Korea Selatan itu berusaha untuk mendapatkan semula tempatnya sebagai penjual telefon terbesar dunia daripada Apple.

    “AI akan membawa perubahan besar dalam industri telefon mudah alih,” kata presiden Samsung, T M Roh, ketika dia memulakan acara tersebut di pusat sukan di bandar Lembah Silikon di San Jose, California.

    Telefon mudah alih akan menjadi titik akses utama untuk AI, dengan Samsung berhasrat untuk menjadi pemimpin dalam perkembangan itu, tambah Roh.

    S24 Ultra premium yang diperkenalkan pada acara itu dikatakan mempunyai keupayaan untuk menterjemah panggilan telefon dan teks bahasa asing semasa panggilan sedang dibuat.

    Seorang eksekutif Samsung menyamakannya dengan memiliki jurubahasa yang mengambil bahagian dalam panggilan telefon pelbagai bahasa.

    Orang ramai melihat telefon pintar siri Samsung Galaxy S24 yang dipaparkan semasa acara pratonton media di kedai Samsung di Seoul pada 15 Januari. – AFP

    Tersedia dalam 13 bahasa, fungsi pada peranti itu dikuasakan oleh teknologi AI Samsung sendiri.

    Melalui kerjasama dengan Google, yang membuat sistem pengendalian Android telefon pintar itu, S24 turut menawarkan fungsi carian yang belum pernah dibangunkan sebelum ini.

    Ciri itu, juga menggunakan AI, berfungsi dengan membolehkan pengguna dengan mudah melukis bulatan pada frasa atau imej yang mereka ingin cari.

    Ciri-ciri pemesejan dan sistem kereta seperti navigasi turut ditambah dengan AI untuk mengesyorkan respons atau menjalankan tugas sambil membenarkan pemandu memberi tumpuan kepada jalan raya.

    AI juga mengukuhkan kuasa kamera telefon, dengan AI generatif membantu mengisi atau mengeluarkan latar belakang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...