Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Amy Search, Ella gegar KEPCI Music Fest 2023 Sabah

    KEPCI Music Fest 2023 meneruskan kemeriahannya menerusi penganjuran lokasi kedua di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), baru-baru ini.

    Dihadiri 3,000 penonton, pentas utama diserikan dengan persembahan artis popular seperti Datuk Amy Search, Ella, Bunga, Masdo, Insomniacks, Dolla, Evelyn Feroza, K-Clique dan DJ Colonel.

    Dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC, tirai konsert dibuka jam 7:30 malam dengan alunan muzik, DJ Colonel dan pembukaan oleh Evelyn Feroza menerusi lagu Edge of Glory, Gemilang (Original) dan I wanna Dance with Somebody nyanyian asal Whitney Houston.

    Festival muzik terbesar itu kemudian diteruskan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi kecil molek, Bunga yang mendendangkan lagu hitnya seperti Intan Payung, Belai dan Sudah Kahwin.

    Atmosfera konsert kian hangat ketika Dolla menampilkan tarian bertenaga melalui lagu Bad, Impikan dan Damelo.

    Suasana sedikit tidak terkawal apabila Amy turun ke bawah pentas untuk mengajak peminat menyanyi bersamanya. – Agensi

    Dianggotai Sabrina, Tabby, Angel dan Syasya, kumpulan sensasi mengetengahkan genre muzik pop dan R&B itu turut menerima hadiah pemberian peminat setia.

    Memiliki penggemar tersendiri, Insomiacks seterusnya tampil menghiburkan penonton dengan lagu seperti Cerita Kita, Igauan Malam, Sempurna dan Pulang.

    Kemunculan penyanyi rock tersohor, Amy Search pastinya dinantikan peminat.

    Amy membuka tirai persembahan menerusi lagu berhantu, Isabella sekali gus membuatkan dewan bergema dengan sorakan dan nyanyian peminat.

    Tampil dalam persalinan serba hitam, Amy terus membawa peminat larut dalam emosi dengan lagu Kerja Gila dan Tiada Lagi.

    Amy sempat memaklumkan bakal muncul dengan konsert khas bersama Wings dan beberapa kumpulan lain di Stadium Likas pada Disember depan. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...