Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiada perlawanan ulangan

    PARIS, 20 OKT – Perlawanan Kelayakan Euro 2024 antara Belgium dan Sweden yang dihentikan berikutan insiden tembakan maut dua penyokong Sweden tidak akan diadakan semula dan mata akan dikongsi, kata UEFA kelmarin.

    Mengikut kehendak Persekutuan Bola Sepak (FA) kedua-dua negara, keputusan seri 1-1 pada separuh masa, ketika perlawanan dihentikan, telah ‘disahkan sebagai muktamad’ dan ‘setiap pasukan diberikan satu mata dengan kedudukan Kumpulan F akan dikemas kini’, menurut UEFA.

    Pada Isnin lalu, dua penyokong Sweden terbunuh berhampiran pusat bandar Brussels dalam serangan senjata api.

    Perlawanan tersebut tetap berjalan seperti yang dijadualkan pada malam itu sebelum dihentikan atas permintaan kedua-dua pasukan pada separuh masa dengan keputusan 1-1.

    Penyokong Sweden diarah-kan untuk terus berada di dalam Stadium King Baudouin sebelum diiringi polis ke hotel mereka pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

    Penyerang yang disyaki, warga Tunisia berusia 45 tahun yang tinggal secara haram di Belgium, telah ditembak mati dalam operasi polis pada Selasa.

    “Kami gembira mendengar bahawa UEFA telah membuat keputusan dan bahawa keputusan itu adalah selaras dengan apa yang dihasratkan oleh kedua-dua persekutuan. Bagaimanapun, hal sukan adalah perkara kedua, doa kami sentiasa bersama dengan mangsa dan keluarga mereka,” kata FA Belgium dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...