Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Aliff Syukri dikejarkan ke hospital pukul 3 pagi

    Anak keempat kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Yusoff Al-Qardawi ditahan di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi kelmarin akibat demam panas.

    Isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida, 39, memberitahu mereka mengambil keputusan membawa Yusoff ke hospital kerana bimbang suhu badan anak lelakinya itu naik secara mendadak sehingga menggigil satu badan.

    “Pukul 3 pagi mama (panggilan Shahida) panik Yusoff menggigil teruk.

    “Terus bergegas pukul 4 pagi tadi bawa Yusoff ke hospital. Suhu badan dia naik mendadak. Risau mama dibuatnya,” katanya yang dikongsi mStar.

    Shahida berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi kelmarin.

    Dalam pada itu, Shahida memberitahu anak keempatnya itu jarang sakit malah menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang yang lincah.

    “Yusoff ni jarang kena demam. Budak tak reti duduk diam, kan.

    “Doakan Yusoff cepat sembut dan sihat seperti biasa. Risau mama kalau Yusoff macam ni,” ujarnya.

    Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Ogos 2007. – Agensi

    Shahida bergegas ke hospital selepas melihat badan Yusoff menggigil teruk. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda