Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Anak bakar rumah ibu kerana pertikaian duit pencen

    JAKARTA, 9 FEB – Seorang pemuda telah ditahan selepas disyaki membakar kediaman ibunya di wilayah Mamuju, Sulawesi Barat susulan pertikaian wang persaraan bapa, kelmarin.

    Rumah milik Rahmatia, terletak berdekatan dengan kawasan peranginan terkenal Pantai Lombang-lombang, dibakar anak lelakinya, Irfandi, 30 tahun, kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.

    Ketua Balai Polis Kalukku, Inspektor Makmur dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan suspek yang juga dikenali sebagai Ippang dan lokasi kejadian telah dipasang garis polis untuk memudahkan siasatan.

    Siasatan awal mendapati ketegangan hubungan ibu dan anak berpunca setelah mendapati ibunya mengeluarkan wang pencen bapanya tanpa memaklumkan kepadanya.

    “Suspek juga tidak puas hati terhadap pembinaan rumah di atas tanah yang hak milik masih dalam pertikaian,” kata Makmur.

    Irfandi nekad memulakan kebakaran dengan menyalakan api di tirai tingkap sehingga mengakibatkan kemusnahan rumah dan harta benda bernilai 40 juta rupiah, sekitar RM12,200. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...