Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anak Hulk Hogan ditahan, mabuk ketika memandu

    Anak lelaki ahli gusti WWF, Hulk Hogan, iaitu Nick Bollea, telah ditahan oleh pihak kerana mabuk ketika memandu kereta di jalan raya. Kejadian tersebut berlaku di Clearwater, Florida pada Sabtu lalu, setelah Nick Bollea terbukti memandu di bawah pengaruh alkohol.

    Semasa ditahan oleh pihak polis, Nick Bollea enggan bekerjasama, menolak untuk menjalani ujian alkohol dan akhirnya dibawa ke balai polis.

    Dipetik daripada TMZ, polis tempatan merekodkan kejadian itu sebagai salah laku. Sehingga kini, Nick Bollea masih dalam tahanan.

    Menurut kenyataan portal tabloidbintang, Nick Bollea sebelum ditahan sempat menghadiri sebuah pertandingan di restoran milik bapanya, Hulk Hogan, di Clearwater pada Jumaat lepas.

    Sebelum ini, pada usia 17 tahun, Nick Bollea telah terlibat dalam satu kemalangan yang tragis bersama pasangannya, John Graziano.

    Nick Bollea enggan bekerjasama, menolak untuk menjalani ujian alkohol dan akhirnya dibawa ke balai polis. – NBC News

    Kemalangan tersebut berlaku ketika mereka dalam perjalanan dengan kereta yang dipandu oleh Nick terjatuh.

    Graziano, yang tidak memakai tali pinggang keledar semasa kemalangan itu, mengalami kecederaan otak yang memerlukan penjagaan sepenuh masa sepanjang hayatnya.

    Nick kemudiannya mengakui kesalahan terhadap tuduhan pemanduannya yang secara melulu menyebabkan kecederaan serius, dan akhirnya dihukum penjara selama lapan bulan di Penjara County Pinellas. Pihak polis juga mendakwa bahawa dia juga di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian tersebut.

    Nick juga dijatuhi hukuman percubaan lima tahun, 500 jam perkhidmatan masyarakat dan lesennya juga digantung selama tiga tahun.

    Bagaimanapun, kerana tingkah lakunya yang baik, anak Hulk dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman selama kira-kira enam bulan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...