Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penjualan rokok masih berleluasa

    Berbicara tentang rokok, penulis menyedari bahawa isu ini pasti tidak akan habis dibicarakan dan tiada noktahnya bila negara kita akan 100 peratus bebas rokok. Sebagai rakyat Brunei, kita sudah maklum Perintah Tembakau 2005 yang meliputi larangan untuk mengiklankan, menggunakan, mempromosi, melabel dan merokok di tempat-tempat awam.

    Namun, pengawasan lebih ketat jualan rokok secara haram di Brunei semakin berkurang.

    Meskipun pelbagai langkah telah diambil untuk mencegah penjualan rokok, tetapi realitinya menunjukkan rokok masih terus dijual secara berleluasa.

    Banyak persoalan yang difikirkan penulis. Sebelum rokok dijual, kenapakah rokok itu masih boleh terlepas dari sempadan atau pos kawalan Brunei?

    Adakah pihak berkenaan tidak melakukan pemeriksaan atau hanya melakukan pemeriksaan secara rambang?

    Gambar Freepik

    Tidak dinafikan walaupun sudah banyak penyeludupan rokok berjaya ditumpaskan oleh pihak tertentu, tetapi masih banyak juga yang berjaya diseludup masuk ke negara kita dan dijual oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

    Setakat ini, masih kelihatan ramai individu yang melepak dan merokok tidak segan silu di sekitar bangunan-bangunan awam, dalam kereta dan sebagainya.

    Ketidakupayaan mengendalikan pengedaran rokok ini bukan sahaja memberikan kesan kepada kesihatan awam, malah menunjukkan kelemahan dalam sistem pemantauan yang sepatutnya melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa dan masyarakat.

    Ini adalah seruan untuk menangani isu ini dengan lebih serius demi kesejahteraan rakyat Brunei.

    Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah berkesan untuk mengawal penjualan rokok di Brunei demi mencapai persekitaran dan masyarakat yang lebih sihat dan mampan.

    Jack

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...