Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Hulk Hogan minta nama dikeluarkan daripada wasiat

    Salah seorang anak kepada legenda gusti dan pelakon antarabangsa, Hulk Hogan dilaporkan enggan menerima sebarang harta pusaka yang ditinggalkan.

    Memetik laporan TMZ, sumber terdekat mendedahkan Brooke Hogan sebenarnya sudah meminta namanya dikeluarkan daripada wasiat bapanya sejak dua tahun lalu.

    Keputusan itu dibuat kerana Brooke tidak mempercayai individu yang berada di sekeliling bapanya.

    Malah dia juga enggan terpalit dengan konflik kewangan melibatkan harta milik bapanya.

    “Brooke cuma mahu lindungi ayahnya daripada orang yang mungkin ambil kesempatan.

    Tapi selepas bertahun-tahun tidak sependapat (dengan Hulk), dia akhirnya hubungi pengurus kewangan Hulk dan minta namanya dikeluarkan daripada wasiat,” kata sumber memetik laporan mStar.

    Walaupun kecewa kerana merasakan Hulk tidak mempercayai niat baiknya, Brooke tetap berpegang kepada prinsip dia tidak pernah mengejar harta.

    Namun begitu, Brooke dikatakan masih akan menerima sejumlah wang daripada dana insurans hayat milik Hulk.

    Untuk rekod, Hulk atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea pernah berkahwin tiga kali dan memiliki dua cahaya mata. – Agensi

    Brooke (kanan) tidak pernah mengharapkan sebarang wasiat daripada bapanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda