Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anak Paris Hilton jadi bahan jenaka

    Keterujaan selebriti popular Paris Hilton berkongsi foto anak damit lelakinya dihujani dengan pelbagai komen kurang sopan dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.

    Menurut laporan mStar, terdapat segelintir warganet tergamak mempersendakan wajah anak lelakinya iaitu Phoenix Barron yang baru berusia lapan bulan susulan kepalanya yang besar berbanding tubuhnya.

    Seakan tidak sensitif terhadap seorang anak kecil, Phoenix juga menjadi bahan ketawa segelintir mereka yang meninggalkan komen.

    Malah ada yang menyamakan kepala Phoenix seperti watak Stewie dalam animasi Family Guy yang memiliki sifat fizikal sebegitu.

    Bagaimanapun tidak kurang juga yang menunjukkan rasa prihatin dan menasihati Paris, 42, supaya melakukan pemeriksaan bagi memastikan anaknya dalam keadaan sihat.

    “Sila jumpa pakar segera. Saya serius tentang perkara ini. Saya merupakan seorang pengamal perubatan.

    “Anak saya juga mempunyai kepala yang besar. Tetapi dia (Phoenix) lagi besar. Saya seorang jururawat.

    “Anak awak perlukan rawatan mengeluarkan cecair dalam kepala,” komen warganet.

    Tidak kurang juga ada yang menyelar kata-kata negatif warganet terhadap Phoenix dan meminta Paris tidak lagi mendedahkan anaknya itu kepada umum. – Agensi

    Wajah Phoenix jadi bahan jenaka warganet. – helotimorleste.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...