Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    India berjaya kendali ujian penerbangan angkasa

    NEW DELHI, 22 OKT – India berjaya mengendalikan siri penerbangan ujian pertama semalam selepas mengatasi masalah teknikal sebelum misi yang dirancang untuk membawa angkasawan ke angkasa lepas menjelang 2025, kata agensi angkasa lepas negara itu.

    Ujian itu melibatkan pelancaran modul ke angkasa lepas dan membawanya kembali ke bumi untuk menguji sistem pelepasan kru kapal angkasa, kata ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India, S. Somanath, ditemui selepas pendaratannya di Teluk Bengal.

    Pelancaran itu ditangguhkan selama 45 minit pada pagi kerana keadaan cuaca. Percubaan itu sekali lagi ditangguhkan selama lebih satu jam kerana masalah dengan enjin, dan komputer darat menangguhkan pelepasan modul itu, kata Somanath.

    Gangguan yang disebabkan oleh anomali pemantauan dalam sistem telah diperbetulkan dan ujian itu berjaya dilaksanakan 75 minit kemudian dari stesen pelancaran satelit Sriharikota di selatan India, beritahu Somanath kepada pemberita.

    Ia akan merintis jalan untuk misi tanpa pemandu lain, termasuk menghantar robot ke angkasa tahun depan. – AP

    S. Somanath tiba untuk mengadakan sidang media dengan media selepas pendaratan kapal Chandrayaan-3 di bulan di Bengaluru pada 23 Ogos 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...