Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak raja Thailand lawat kuil dalam kunjungan mengejut

    BANGKOK, 10 OGOS – Anak kedua Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, telah melawat sebuah kuil di Bangkok hari ini, memberi sedekah kepada para sami semasa beliau membuat lawatan mengejut pertama di kerajaan itu selepas lebih dua dekad.

    Vacharaesorn Vivacharawongse telah mencetuskan perhatian minggu ini dengan kepulangan mendadak beliau ke Thailand, selepas menghabiskan sebahagian besar hidupnya di luar negara susulan perceraian ibu bapanya pada tahun 1990an.

    Lelaki berusia 42 tahun itu telah melawat kuil Yannawa di pusat bandar Bangkok hari ini, sambil diekori sekumpulan wartawan dan jurugambar.

    Beliau memberi sedekah kepada sami-sami sebelum melepaskan ikan ke Sungai Chao Phraya.

    Vacharaesorn merupakan anak kedua daripada empat anak lelaki hasil perkahwinan kedua raja kepada bekas pelakon Sujarinee Vivacharawongse di mana tiada seorang pun memegang gelaran rasmi diraja.

    Raja, yang mempunyai tujuh orang anak daripada empat perkahwinan, belum secara rasmi menamakan pewaris yang jelas, walaupun undang-undang perwarisan cenderung menyokong anak lelaki. – AFP

    Vacharaesorn Vivacharawongse (tengah) semasa berkunjung ke kuil Buddha di Bangkok pada 10 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda