Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Tamara meninggal dunia

    Malang tidak berbau, tiada siapa yang mahukan perkara tidak baik terjadi.

    Namun kepahitan itu terpaksa ditelan oleh model dan pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara apabila anaknya, Raden Andante Khalif Pramudityo, 6, meninggal dunia pada 27 Januari lalu ketika berada di kolam renang.

    Biarpun sudah memasuki hari keempat kematian anaknya, Tamara masih lagi belum memiliki kekuatan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup di kejadian yang menyebabkan kematian anaknya.

    Ketika tragedi tersebut terjadi, Tamara meninggalkan anak tunggalnya itu bersama seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak lain sebelum dia bergerak ke lokasi penggambaran.

    Mengimbas kembali kronologi meninggalkan anak tunggalnya bersama bekas suami, Angger Dimas. Tamara bercerita kepada pemberita tempatan dengan lebih lanjut.

    Tamara sudah berpesan kepada Dante, jangan berenang sebelum dia datang semula. – Jatim.tribunnews.com

    “Pada hari tersebut, Dante berenang bersama seorang dewasa dan seorang kanak-kanak.

    Seorang dewasa menjaga dua kanak-kanak. Itu bukan kali pertama dia berenang, jadi saya sebagai ibu percaya. Lagipun, saya sudah berpesan kepada Dante, jangan berenang sebelum saya datang semula.

    “Saya meninggalkan Dante dan saya terus pergi ke lokasi penggambaran untuk menyiapkan dua babak, pada fikiran saya ia tidaklah terlalu lama, sekurang-kurangnya satu atau dua jam, apatah lagi lokasi penggambaran sangat dekat,” kongsi wanita berusia 29 tahun itu.

    Memetik laporan MH, selesai sahaja penggambaran, Tamara terus bergegas ke kompleks kolam renang tersebut sebelum menerima panggilan menyatakan bahawa anaknya sedang diberi bantuan pernafasan.

    “Tiba-tiba saya mendapat panggilan, saya hampir masuk ke dalam kompleks kolam renang, tiba-tiba saya diberitahu bahawa Dante telah diberikan bantuan pernafasan dan yang melakukan prosedur itu merupakan seorang doktor,” kata Tamara.

    Kemudian anaknya itu dibawa ke hospital terdekat. Tetapi nyawanya tidak dapat diselamatkan.

    “Saya kata cari sahaja hospital terdekat. Paling dekat Hospital Islam Pondok Kopi. Setibanya di sana, Dante sudah berada di atas katil, saya segera memegangnya. Namun selepas EKG dah rata, dia disahkan tidak ada lagi,” akhirinya tentang kronologi kejadian kematian anaknya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda