Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Anak Thaksin dipilih sebagai ketua parti

    BANGKOK, 27 OKT – Parti pemerintah Thailand hari ini memilih anak perempuan bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai ketuanya.

    Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bongsu Thaksin yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan, telah dipilih tanpa bertanding untuk menjadi pemimpin baharu Pheu Thai, dua tahun selepas memasuki arena politik.

    Thaksin, ahli politik paling berpengaruh kembali ke Thailand baru-baru ini, selepas 15 tahun dalam buangan selepas digulingkan dalam rampasan kuasa 2006.

    “Badan pentadbiran baharu Pheu Thai mesti memperbaiki diri untuk memimpin parti menjadi nombor satu untuk rakyat semula,” kata Paetongtarn kepada ahli parti dan pemberita dengan memakai sut merah yang merupakan warna khas parti.

    Paetongtarn, 37, merupakan ketua kempen Pheu Thai semasa pilihan raya umum bulan Mei lepas dan mempunyai rancangan untuk memodenkan parti itu.

    Pheu Thai ialah penjelmaan terbaru gerakan politik yang diasaskan oleh bapanya, tetapi ia telah dikalahkan ke tempat kedua selepas Parti Move Forward.

    Keputusan itu mengejutkan pergerakan yang sebelum ini meraih kebanyakan kerusi pada setiap pilihan raya Thailand sejak tahun 2001. – AFP

    Gambar ramai pemimpin baharu Pheu Thai Party, Paetongtarn Shinawatra (tengah kanan) bersama Perdana Menteri Thailand (tengah kiri) dan ahli parti yang lain di ibu pejabat parti berkenaan di Bangkok pada 27 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...