Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak yatim terima sumbangan

    Oleh Sahama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Lapan orang anak yatim telah menerima sumbangan pada majlis yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara sempena Hari Raya Aidiladha, semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Madrasah Masjid Setia Ali itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara Zon 2, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong dan pemangku penghulu Mukim Serasa serta selaku penasihat Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara.

    Majlis itu adalah bagi menggantikan ibadah korban yang tidak dapat diadakan di masjid tersebut.

    Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed menyampaikan sumbangan kepada anak yatim semasa majlis tersebut. – Gambar serahan Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda