Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ancaman culik di Laut Sulu-Sulawesi menurun

    LAHAD DATU, 8 DIS – Penilaian ancaman penculikan kru untuk tebusan di Laut Sulu-Sulawesi pada ketika ini menunjukkan petanda positif iaitu daripada tahap tinggi sebelum ini kepada sederhana, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos.

    Beliau berkata perkara itu berdasarkan laporan mengenai insiden pelanunan dan rompakan terhadap kapal di Asia untuk 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Regional C ooperation Agreement On Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP) dari Singapura.

    “Penilaian ini merupakan satu petanda begitu bagus kerana daripada tinggi kepada tahap sederhana, kalau kita tengok penculikan terakhir sekali di Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) adalah pada 15 Januari 2020,” katanya kepada Bernama.

    ESS Zone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna serta Tawau.

    Menurut Victor, ESSCOM dikoordinasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Ess Zone berusaha memperhebat kawalan keselamatan dalam menangani sebarang jenayah di sempadan negara dengan Filipina dan Indonesia terutama di Laut Sulu.

    Dalam pada itu, beliau berkata penjenamaan perintah berkurung kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESS Zone Sabah serta pengecilan kawasan penguatkuasaan PKP ESS Zone memberi impak positif kepada sektor pelaburan asing serta pelancongan membawa manfaat kepada penduduk di kawasan itu.

    “Kehadiran pelancong satu aset negara dan saya sendiri melihat pelancong sebagai aset ESS Zone. Saya mesti jaga aset ini, ESSCOM mesti jaga, oleh itu penting untuk memberi keadaan atau situasi rasa selamat kepada semua pengunjung di ESS Zone.

    Saya percaya hari ini mereka datang sebagai pelancong dan mungkin esok mereka kembali semula sebagai seorang pelabur kerana kepercayaan terhadap keselamatan dan peluang ekonomi di pantai timur Sabah,” katanya. – Bernama

    GAMBAR BERNAMA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...