Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    27 pengakap terima anugerah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 8 DIS – Seramai 27 orang ahli Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana tanah air telah menerima penganugerahan Anugerah Pengakap Sultan dan Anugerah Baden Powell pada majlis penutup rasmi Jambori Nasional ke-5 Brunei Darussalam di Padang Dewan Kemasyarakatan Bukit Bendera, Daerah Tutong, kelmarin.

    Anugerah Pengakap Sultan merupakan anugerah tertinggi bagi Bahagian Pengakap Remaja. Bagi layak untuk menerima anugerah berkenaan, mereka perlu lulus beberapa ujian dan membuat khidmat masyarakat melebihi jumlah jam yang ditetapkan.

    Para penerima anugerah berkenaan terdiri daripada dua orang ahli Pasukan Pengakap 1003 Sekolah Menengah Chung Hwa, Chen Po Hua dan Thien Zhi Feng; seorang ahli Pasukan Pengakap 1009 Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Dayang Alya Maisarah binti Abdullah; dan empat orang ahli Pasukan Pengakap 4001 Sekolah Menengah Sultan Hassan, Dayangku Syasya Khairunnisa binti Pengiran Omar, Dayang Nur Syahirah Amani binti Muhammad Nur Ariffin, Dayang Nur Syahmina Aqilah binti Abdullah Muhammad Nur Ariffin, dan Dayang Siti Nurwahidatul Fikriah Solihah binti Shamsuddin.

    Sementara itu, seramai 20 orang ahli Pengakap Kelana dinobatkan penerima Anugerah Baden Powell.

    Anugerah Baden Powell merupakan anugerah tertinggi bagi Bahagian Pengakap Kelana. Salah satu lencana yang perlu Pengakap Kelana lengkapkan adalah Lencana Kenegaraan, yang menjuruskan kepada falsafah Melayu Islam Beraja.

    Penerima-penerima Anugerah Baden Powell terdiri daripada tiga orang ahli Pasukan Pengakap Kelana Terbuka 1033, Awang Muhammad Nasrullah bin Awang Haji Puzian, Dayang Nur Nadiah binti Haji Mohd Norhisham, dan Awang Ahmad Termizi bin Ahmad Baihakie; dan sembilan orang ahli Pasukan Pengakap Kelana 1101 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dayang Norhazirah binti Haji Mataim, Dayang Siti Nursafariatul Wafaiqirah binti Abdul Harib Aliakbar, Dayang Nur Nabilah Zahirah binti Haji Zahrin, Pengiran Anak Amirah Mu’tasimah Irdina Raqibah binti Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah, Awang Muhammad Hasanul Azmi bin lbrahim, Awang Mohammad Hadi Shahril bin Haji Mesli, Awang Mohamad Hafizuddin bin Mohammad Saidin, Dayang Nur Tajwiida Insyirah binti Haji lsa, dan Awang Muhammad Haziq Hamizan bin Abdullah.

    Selain itu, para penerima anugerah berkenaan juga terdiri daripada tiga orang ahli Pasukan Pengakap Kelana 1102 Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Muhammad Azfarizul Faqhri bin Azaman, Awang Mohammad Danii Ahsanuddin bin Haji Ahmad, dan Awang Afiq Zaki bin Suhaili; empat orang ahli Pasukan Pengakap Kelana Terbuka 3032 Daerah Belait, Dayang Arifah Najiah binti Mohammad Haslan, Dayang Nur Hafizatul Hanan binti Haji Aliuddin @ Aidah, Elizabeth Luwie Anak Mulin, dan Awang Abdul Matin bin Mahmud; dan seorang ahli Pasukan Pengakap Kelana Terbuka 4012 Daerah Temburong, Awang Mohd Nur Rahimi Afiq Hasyir bin Awang Haji lsmail.

    Antara ahli pengakap yang menerima anugerah baru-baru ini. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...