Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Anderson wakili China di FIBA

    BEIJING, 24 JULAI – Pemain NBA, Kyle Anderson, telah mendapat kewarganegaraan China, menurut kenyataan persatuan bola keranjang Beijing hari ini, membuka peluang kepada pemain depan Timberwolves itu untuk mewakili negara raksasa Asia itu dalam Kejohanan Bola Keranjang Piala Dunia anjuran Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) bulan depan.

    China telah memberikan kewarganegaraan kepada beberapa atlet yang dilahirkan di luar negara dalam usaha memperkuatkan pasukan kebangsaan yang sering menghadapi cabaran prestasi.

    Anderson, yang dilahirkan di New York dan mempunyai moyang Cina, sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk bermain bagi pasukan China.

    “Dengan sokongan dan dorongan daripada semua pihak, Li Kai’er telah diberikan kewarganegaraan Cina pada pagi ini,” kata Persatuan Bola Keranjang China (CBA) melalui akaun media sosial Weibo, menggunakan nama Cina Anderson.

    “Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan bantuan mereka, keluarga Li atas sokongan mereka dan para penyokong serta media atas perhatian mereka terhadap pasukan bola keranjang lelaki China,” tambah CBA.

    Badan pemerintahan itu juga memuat naik gambar Anderson yang tersenyum berdiri bersama pengerusinya, bekas bintang NBA, Yao Ming.

    Walau bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada Anderson telah menolak pasport Amerika.

    Anderson kini bermain untuk pasukan Minnesota Timberwolves. – AFP

    Kyle Anderson beraksi menentang Philadelphia 76ers di Minneapolis, 7 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...