Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anfield ujian sebenar Arsenal

    LIVERPOOL, 23 OGOS – Kompromi pengendali Arsenal Unai Emery yang menyatakan pasukannya ‘enggan’ bermain menentang Liverpool sebelum ini’ merupakan keyakinan terpendam seorang pengurus yang bakal mengetuai pasukannya ke Anfield Ahad ini.

    Tetapi pengurus dari Sepanyol itu mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang apa yang Gunners mampu capai musim ini dalam perjalanan pulang ke laman sendiri.

    Emirates diselubungi keraguan awal musim selepas tercicir daripada Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut dan ketidakpuasan peminat terhadap pelaburan pemilik kelab Stan Kroenke.

    Bagaimanapun keraguan itu hilang pada penghujung jendela perpindahan ditambah lagi dengan dua kemenangan pada permulaan musim liga.

    Emery memiliki ramai pemain berbisa apatah lagi bila kelab mencatat rekod perpindahan 72 juta pound (AS$87 juta) apabila menandatangani Nicolas Pepe untuk menyertai Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette dalam barisan serangan.

    Emery mengetuai cabaran ‘segan’ Arsenal menentang Liverpool Ahad ini. – AFP
    Klopp percaya The Reds memiliki pemain kelas dunia. – AP

    Midfield pinjaman dari Real Madrid Dani Ceballos juga menunjukkan kelasnya dengan dua umpanan dalam kemenangan 2-1 ke atas Newcastle hujung minggu lalu sementara perpindahan David Luiz pada jam terakhir perpindahan dari Chelsea menyediakan sokongan yang amat diperlukan di bek tengah.

    Pertahanan Arsenal juga sepatutnya bertambah baik pada bulan-bulan mendatang dengan kembalinya bek kiri Kieran Tierney, Hector Bellerin dan Rob Holding daripada kecederaan.

    Walau bagaimanapun, mereka mungkin belum serasi untuk menghalang juara Eropah itu memberikan satu lagi kekalahan kepada skuad Emery pada hujung minggu ini. Dalam dua kunjungan terakhir Arsenal ke Anfield, tetamu itu telah dimalukan 4-0 dan 5-1.

    “Apabila menentang mereka, cabaran terbesar kami adalah untuk menunjukkan bagaimana kami sebenarnya,” tambah Emery.

    “Itulah cabaran sebenar kami dan ujian yang amat bagus. Sasaran kami adalah untuk mengurangkan jurang dengan Liverpool, Manchester City, Tottenham dan Chelsea.”

    Mencabar Liverpool atau juara bertahan Manchester City untuk gelaran masih belum dijangkakan daripada Emery, namun kembali ke Liga Juara-Juara melalui penamat empat teratas adalah syarat minimum setelah mendapat suntikan dalam pasaran perpindahan.

    “Kami tahu apa yang perlu dilakukan, kami tahu ada pasukan di depan kami yang sangat kuat,” kata pengarah Arsenal Josh Kroenke kepada BBC minggu ini.

    “Kami kembali dengan skuad yang lebih kuat berbanding selepas kami selesai di Baku Mei lalu (selepas final Liga Europa) dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang dapat dilakukan oleh kumpulan ini. Mereka sedia berusaha dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi pihak kami semua.”

    Tanda-tanda awal kemajuan Arsenal dapat dilihat dengan kemenangan di Newcastle dan Burnley hasil gol pelik dek kehebatan Aubameyang.

    Emery boleh menamakan penyerang Gabon Lacazette dan Pepe dalam barisan permulaan untuk pertama kali di Anfield selepas menurunkan Pepe yang menyerlah pada Piala Negara Afrika.

    Serangan itu berpotensi menyebabkan masalah besar kepada Liverpool memandangkan skuad Jurgen Klopp juga bergelut di bahagian benteng walaupun memenangi dua aksi pertama Liga Perdana.

    Liverpool asyik bolos dalam empat perlawanan musim ini ketika menentang Manchester City dalam Perisai Komuniti, Chelsea dalam Piala Super UEFA dan Norwich serta Southampton dalam liga.

    Mereka juga berdepan 26 percubaan semasa menentang Norwich dan Southampton sahaja, sementara Chelsea menerima 20 asakan pintu gol, lebih daripada apa yang Reds hadapi berbanding perlawanan musim lalu.

    Kecederaan kepada penjaga gol utama Alisson Becker menyebabkan gangguan kepada skuad dengan kesilapan Adrian pula menyebabkan mereka bolos ketika menentang Southampton hujung minggu lalu.

    Pertahanan telah dipersalahkan kerana membuka ruang serta mencemarkan rekod 20 aksi tanpa bolos Reds dalam aksi liga musim lalu.

    “Apabila saya katakan Liverpool bolos, kualiti yang mereka ada bukanlah kelas teratas,” kata bekas kapten Liverpool Jamie Carragher kepada Sky Sports.

    “Dengan kualiti Arsenal, jika Liverpool cuai dalam kedudukan tersebut dan tidak bertindak, mereka akan berdepan masalah besar.”

    Memandangkan kecenderungan Arsenal agak lemah semangat beraksi di Anfield, serangan mungkin merupakan bentuk pertahanan terbaik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda