Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angelina Jolie sudah jumpa pengganti Brad Pitt?

    Aktres Hollywood, Angelina Jolie didakwa telah menemui pengganti bekas suaminya, Brad Pitt setelah menikmati makan malam bersama The Weeknd, Abel Tesfaye.

    The Weeknd dan Angelina Jolie telah meluangkan masa bersama di sebuah restoran Itali iaitu Giorgio Baldi di Los Angeles.

    Pasangan itu juga memilih untuk beredar dari restoran tersebut secara berasingan bagi mengelakkan kecurigaan.

    Semasa makan malam tersebut, aktres itu telah mengenakan gaun hitam bersama trench coat.

    Manakala Abel pula mengenakan penampilan denim dan kasut hitam.

    Dipetik daripada The Page Six, pertemuan aktres dan penyanyi tersebut hanyalah berdasarkan perniagaan sahaja. Ini kerana Abel Tesfaye sedang berusaha untuk memajukan kariernya di Hollywood.

    “Mereka jelas tidak berusaha menyembunyikannya (makan malam). Dia (Abel) pasti fokus untuk menceburkan diri dalam perniagaan filem. Dia mempunyai siri HBO baharu yang dibintanginya,” ujar sumber dekat The Weeknd.

    Dedah sumber terdekat The Weeknd, pasangan itu tidak menyembunyikan makan malam mereka kerana ianya berdasarkan sebab tertentu dan bukannya berhubungan sebagai pasangan. – Agensi

    Angelina Jolie didakwa telah menemui pengganti bekas suaminya setelah menikmati makan malam bersama The Weeknd. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda