Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota JMSDF, TLDB bersihkan Pantai Muara

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kedutaan Jepun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Kira-kira 60 orang anggota tentera daripada Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menyertai aktiviti kebersihan di Pantai Muara, hari ini.

    Aktiviti membersihkan pantai berkenaan merupakan salah satu daripada program pertukaran persahabatan yang dianjurkan oleh TLDB di mana para peserta bersama-sama mengutip sampah yang terdapat di sekitar pantai berkenaan.

    Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota JMSDF dan TLDB, ia juga sebagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan pantai serta untuk memulihara alam sekitar.

    Aktiviti berkenaan turut disertai bersama oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru.

    Ia merupakan salah satu daripada kegiatan yang diatur semasa lawatan dua buah kapal JMSDF, JS Uraga dan Awaji ke Negara Brunei Darussalam yang berlabuh di Pelabuhan Muara, kelmarin.

    Kapal berkenaan berada di negara ini selama tiga hari di mana ia membawa seramai 200 orang anggota JMSDF termasuk 35 orang pegawai bertauliah di bawah perintah Komander Divisyen 1 Minesweeper, Kapten Nakai Eiichi.

    TYT Maeda Toru bersama-sama dengan anggota JMSDF dan TLDB yang menyertai aktiviti membersihkan pantai di Pantai Muara, kelmarin.
    TYT Maeda Toru bergambar ramai dengan anggota JMSDF dan TLDB selepas aktiviti kebersihan di Pantai Muara, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda