Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian akibat kultus di Kenya meningkat kepada 403 orang

    MOSCOW, 18 JULAI – Angka kematian berpunca daripada kebuluran akibat kultus di Kenya mencecah 403 orang selepas 12 lagi mayat ditemukan di Kilifi County di tenggara negara itu, lapor Sputnik memetik media tempatan kelmarin.

    Pesuruhjaya Wilayah Pantai, Rhoda Onyancha berkata tiada tangkapan baharu setakat ini dan jumlah keseluruhan orang yang ditahan kekal 37 orang, termasuk ketua kultus Paul Mackenzie, lapor penyiar Citizen.

    Pada April, media tempatan melaporkan empat orang mati kelaparan selepas terpengaruh dengan ceramah Mackenzie bahawa mereka akan ‘bertemu Jesus’ dengan cara itu.

    Sejumlah 11 lagi pengikut kultus itu dimasukkan ke hospital.

    Mackenzie kemudiannya ditahan dan pada Mei lepas, pejabat pendakwa Kenya berkata dia akan didakwa atas keganasan.

    Kultus bermaksud kelompok manusia yang menganuti dan mengamalkan satu sistem kepercayaan ritual berkaitan dengan pemujaan kuasa ghaib, roh dan sebagainya. – Bernama

    Beg mayat dibentangkan di tempat kejadian di mana berpuluh-puluh mayat telah ditemui di perkampungan Shakahola, berhampiran bandar pantai Malindi di selatan Kenya pada 24 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda