Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Angka kematian akibat ribut di Filipina meningkat kepada tujuh

    MANILA, 29 MEI – Angka kematian akibat ribut teruk yang melanda Filipina pada hujung minggu telah meningkat kepada tujuh, menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.

    Ribut pertama melanda negara itu tahun ini berlaku di pulau tengah Samar lewat Jumaat sebelum bergerak ke arah barat laut menuju pulau Luzon yang mempunyai penduduk paling ramai.

    Hampir semua kematian terjadi di wilayah Quezon, berhampiran ibu kota Manila, di mana tiga orang terbunuh akibat pokok tumbang dan seorang anak damit lelaki lemas, menurut laporan polis kepada AFP.

    Seorang lelaki ditemukan mati di sebuah kafe yang dinaiki air dan mayat seorang lelaki yang lain ditemukan di sungai.

    Mangsa ketujuh ialah seorang pelajar yang mati dihempap ​​pokok tumbang di wilayah selatan Misamis Oriental di pulau Mindanao, kata agensi bencana negara itu sebelum ini. – AFP

    Gambar bertarikh 27 Mei 2024 oleh Pengawal Pantai Filipina menunjukkan kanak-kanak dipindahkan dari kawasan banjir oleh kakitangan pengawal pantai di Lucena, Wilayah Quezon, di tengah-tengah hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika Ewiniar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...