Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis temukan anggota badan ahli parlimen Bangladesh yang dibunuh di India

    NEW DELHI, 29 MEI – Anggota badan yang disyaki milik seorang ahli parlimen Bangladesh yang dibunuh semasa lawatan ke India, telah ditemukan dalam tangki septik di Kolkata.

    Anwarul Azim Anar, 56, ahli parti pemerintah Liga Awami, dibunuh di sebuah apartmen baru-baru ini dan mayatnya dikerat, menurut laporan media India dan Bangladesh.

    Pakaian mangsa yang berlumuran darah ditemukan di apartmen di Sanjeeva Garden, sebuah blok kediaman mewah di kawasan New Town, Kolkata.

    Polis telah menemukan beberapa bahagian badan yang disyaki milik Anar, dalam tangki septik di Sanjeeva Gardens, lapor akhbar Bangladesh, Business Standard, menurut seorang anggota pasukan penyiasat Bangladesh yang melawat tempat kejadian di negeri Bengal Barat di India Timur.

    Anar dilaporkan hilang sehari selepas beliau bertolak ke Bengal Barat pada 12 Mei. Beliau keluar untuk berjumpa doktor pada 13 Mei tetapi tidak kembali.

    Ahli parlimen yang telah berkhidmat selama tiga penggal itu telah berhubung dengan keluarga dan ahli parti pada dua hari pertama perjalanannya tetapi tidak dapat dihubungi pada 14 Mei.

    Beliau dilaporkan hilang pada 18 Mei oleh ahli keluarganya.

    Pembunuhan Anar telah digambarkan sebagai ‘kejam dan sadis’ oleh ketua Jabatan Detektif Polis Bangladesh, Mohammad Harunur Rashid, yang berada di India untuk menyiasat kes itu.

    Seorang tukang daging, yang dilaporkan sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh, adalah seorang daripada suspek pembunuhan dan kini berada dalam tahanan polis India.

    Tiga suspek telah ditangkap di Bangladesh berkaitan kes berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...