Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Angka korban tanah runtuh di Filipina meningkat 10

    MANILA, 19 JAN – Angka kematian akibat tanah runtuh di selatan Filipina meningkat kepada 10, kata seorang pegawai bencana hari ini, ketika pencarian seorang yang hilang diteruskan.

    Empat belas orang telah berkumpul di sebuah rumah untuk mesyuarat doa di kawasan pergunungan perlombongan emas di wilayah Davao de Oro apabila tanah runtuh melanda Khamis berikutan hujan lebat beberapa hari.

    Pasukan penyelamat telah menemui 10 mayat, termasuk lima kanak-kanak daripada keluarga yang sama, kata pegawai bencana perbandaran Monkayo, Rocris Idul kepada AFP.

    Seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak damit perempuan berusia setahun telah ditarik hidup-hidup dari lumpur. Orang dewasa mengalami kecederaan ringan, tetapi kanak-kanak itu cedera parah, data rasmi menunjukkan.

    Seorang masih hilang.

    “Kami berharap untuk mencari mayat terakhir secepat mungkin,” kata Idul, tetapi menambah bahawa operasi mencari telah dihalang oleh lebih banyak tanah runtuh di kawasan itu hari ini.

    “Sebilangan besar tanah telah terhakis di kawasan itu pagi ini jadi kami terpaksa berhenti sekitar 15 hingga 30 minit,” kata Idul.

    “Kami tidak boleh mempertaruhkan nyawa responden kami.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...