Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun

    KUALA LUMPUR, 19 JAN– Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang bekas pembantu tadbir sebuah maktab yang didapati bersalah atas pertuduhan memperdagang kanak-kanak damit lelaki 13 bulan dan menggunakan dokumen palsu untuk mendaftarkan kelahiran kanak-kanak damit itu, empat tahun lepas.

    Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas memutuskan pembelaan Nurul Faizan Ahmad Asri, 40, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Ketika membacakan penghakiman ringkasnya, Azura berkata terdapat pemindahan milikan antara ibu kandung kanak-kanak damit dan seorang saksi yang membuktikan inti pati kes di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

    “Pembelaan tertuduh bahawa pemindahan milikan bayi tersebut bertujuan untuk membantu ibu kandungnya dan pemindahan tidak melibatkan wang ringgit hanyalah penafian semata-mata.

    “Penafian tertuduh bahawa dia tidak mengetahui isi kandungan sampul surat yang mengandungi dokumen palsu untuk mendaftar kelahiran kanak-kanak damit itu juga adalah penafian semata-mata,” katanya.

    Nurul Faizan didakwa melakukan kesalahan itu di  Hospital Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini pada 5 petang 5 Nov 2020 mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara minimum tiga tahun atau maksimum 20 tahun dan denda.

    Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan Borang Daftar Kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara palsu atas nama kanak-kanak damit itu di jabatan itu di Jalan Sri Hartamas 1 di sini pada 10.30 pagi, November 2020 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

    Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM80,000 atau penjara 24 bulan bagi kesalahan memperdagang bayi manakala bagi pertuduhan kedua, Nurul Faizan dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...