Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Angka korban tanah runtuh meningkat di Brazil

    SAO PAULO, 22 FEB – Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh dan banjir pada hujung minggu di pantai Sao Paulo, Brazil meningkat kepada 44 orang manakala 40 lagi masih hilang

    Menurut kenyataan kerajaan Sao Paulo kelmarin, seramai 43 orang maut dalam banjir lumpur ekoran hujan lebat di bandar Sao Sebastiao dan seorang lagi di resort tepi laut di Ubatuba.

    Lebih 2,400 orang dipindahkan dari kawasan berkenaan selepas rumah mereka musnah, menurut laporan rasmi.

    Xinhua melaporkan tanah runtuh berlaku semasa aktiviti perayaan menyebabkan ramai pelancong terkandas kerana kebanyakan jalan dan lebuh raya menuju ke pusat peranginan tepi laut itu rosak.

    Bandar yang paling teruk terjejas dan diisytihar sebagai kawasan bencana ialah Sao Sebastiao, Ubatuba, Guaruja, Bertioga, Ilhabela dan Caraguatatuba.

    Pada Isnin, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva memendekkan percutiannya dan kemudian melawat kawasan bencana itu serta mengumumkan bantuan dana persekutuan untuk membina rumah di Sao Sebastiao.

    Sementara itu, Dana Sosial Sao Paulo dan agensi Pertahanan Awam mula mengagihkan 7.5 tan bantuan kemanusiaan kepada mangsa. – Bernama

    Anggota menyelamat membawa mayat seorang mangsa selepas banjir di Barra do Sahy, daerah Sao Sebastiao, negeri Sao Paulo, Brazil pada 21 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...