Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angkat tradisi sukan kikik

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan MPK RPN Kg Panchor, Mengkubau

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Sebagai usaha meningkatkan tradisi sukan kikik yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mengkubau Kawasan 4 dan 5 telah menganjurkan Pertandingan Kikik, kelmarin.

    Pertandingan sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 yang dianjurkan dengan kerjasama MK Fighters dan DMixx itu adalah sebagai usaha melestarikan lagi budaya kemelayuan melalui sukan kikik dan menaikkan martabatnya terutama pada zaman globalisasi kini yang dipenuhi dengan kecanggihan dan kemajuan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Pertandingan itu telah disertai oleh 256 peserta dari keempat-empat daerah dan penyertaan telah dibukakan kepada orang ramai sejak 17 Februari lalu.

    Kikik adalah permainan yang unik dan masih kekal sehingga ke hari ini, malah sukan berkenaan melibatkan pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah dewasa.

    Pengerusi bersama pertandingan, Dayang Fatimah binti Jamil selaku Ketua Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan menjelaskan, dengan adanya pertandingan berkenaan telah menarik masyarakat luar untuk berkunjung ke kampung tersebut seterusnya dapat memperkenalkan nama kampung.

    Selain itu, tambahnya, pertandingan telah berjaya mengeratkan lagi kerjasama selain menyatupadukan lagi penduduk kampung.

    Turut hadir pada acara itu ialah Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim dan Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Panchor, Mengkubau Kawasan 4 dan 5, Haji Hairul Azri bin Haji Salamat.

    Awang Misle semasa menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Pertandingan Kikik.
    ATAS & BAWAH: Awang Misle semasa menyampaikan hadiah kepada para pemenang peraduan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda