Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Anis tidak selesa kehidupan peribadi jadi perhatian

    Isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea masih kekok menyesuaikan diri dengan kehidupan dikelilingi peminat meskipun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

    Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 25, berkata, perhatian diberikan peminat terhadap setiap gerak-geri mereka adalah sesuatu baharu dan menjadi tugasnya melindungi Sofea.

    “Dalam tempoh dua tahun ini apa yang kami lalui agak mencabar. Mungkin saya sudah biasa mendapat perhatian tetapi bukan isteri saya.

    “Jadi saya selalu beritahu diri sebagai suami saya akan sentiasa menjadi pelindung dalam hubungan kami,” katanya kepada mStar.

    Pasangan itu baru sahaja menyambut ulang tahun kedua mereka pada 19 November lalu.

    Dalam pada itu, Haqiem berkata, mereka juga tidak terlepas daripada kecaman apabila ramai kurang senang melihat kebahagiaan dikecapi.

    Malah Haqiem turut dikritik hebat susulan tindakan Sofea yang tidak lagi memakai tudung baru-baru ini.

    “Kalau ada yang bercakap buruk tentang kami di sosial media kami tidak pernah ambil peduli. Saya biarkan sahaja apa mereka nak kata.

    “Bagi saya selagi tiada tindakan berbentuk fizikal atau mengeluarkan kata-kata kesat secara bersemuka, ia bukan satu masalah besar,” ujarnya. – Agensi

    Haqiem nasihat isteri agar tidak menghiraukan kecaman dalam media sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...