Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sokong inisiatif hijau, bina masjid tenaga suria

    Ketika seluruh dunia sudah mengalami kesan pemanasan global, jadi apakah usaha atau pelaksanaan kita ke arah inisiatif hijau?

    Di sini, penulis ingin memberi cadangan agar negara kita membina masjid yang sepenuhnya menggunakan tenaga suria demi mengukuhkan lagi insiatif hijau.

    Walaupun setakat ini, hanya ada beberapa bangunan atau rumah-rumah persendirian sudah mengguna pakai panel solar namun ia masih belum mencukupi untuk negara beralih sepenuhnya kepada tenaga mesra alam itu.

    Jadi penulis ingin mencadangkan kepada pihak-pihak berkenaan untuk mula mendirikan masjid hijau. Maksudnya adalah penggunaan berleluasa bekalan elektrik dari panel solar, air daripada hujan dan sebagainya.

    Pihak berkepentingan perlu mengumpulkan idea daripada orang ramai dengan melibatkan kerjasama badan kebajikan, organisasi alam sekitar atau program subsidi kerajaan untuk menjalankan sekali gus menjayakan usaha bagi pelaksanaan masjid bertenaga solar.

    Selain itu, rundingan dengan pakar dalam bidang tenaga boleh membantu mengenal pasti teknologi terkini dan peluang untuk meningkatkan kesan positif projek tersebut.

    Sebagai permulaan, pembinaan masjid ‘hijau’ boleh diterapkan di kampung-kampung. Sekiranya berjaya boleh diperluaskan lagi ke kawasan bandar.

    Walaupun sudah pasti ia akan menelan perbelanjaan besar, namun tidak mustahil ia memberi manfaat berpanjangan untuk masa depan.

    Sekiranya cadangan ini menjadi nyata, masjid bertenaga suria kita itu akan menjadi salah satu lagi tarikan pelancong di Asia Tenggara dan bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan kelestarian alam yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kesan positifnya terhadap kehidupan seharian.

    Hijau Lestari

    Masjid Istiqlal di Jakarta menggunakan tenaga dari panel solar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...