Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Apple batalkan ‘Projek Titan’

    SAN FRANCISCO, 28 FEB – Apple telah meninggalkan cita-citanya untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV), sekali gus menamatkan projek yang telah diusahakan selama sedekad, media Amerika Syarikat melaporkan kelmarin.

    Syarikat pembuat iPhone itu telah mengambil hampir 2,000 pekerja untuk program pembangunan kereta rahsianya, lapor Bloomberg, tetapi menghadapi persaingan yang semakin kompetitif dalam sektor EV.

    Projek itu, yang dikenali sebagai ‘Projek Titan’ bermula sekitar 2014, adalah satu projek untuk membangunkan kereta autonomi sepenuhnya, menurut laporan media.

    Keputusan untuk menutup projek kereta itu diumumkan secara dalaman kelmarin, Bloomberg dan The New York Times melaporkan, memetik sumber yang tidak dinamakan.

    Apple dilaporkan telah melabur berbilion dolar dalam projek tersebut.

    Syarikat gergasi teknologi itu tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

    Apple tidak pernah mendedahkan rancangan EV mereka secara terbuka, walaupun terdapat kebocoran media yang berterusan selama bertahun-tahun.

    Pada tahun 2022, tapak pakar The Information menerbitkan laporan yang memperincikan masalah yang dihadapi oleh projek itu, termasuk pemergian beberapa eksekutif kerana kekurangan sokongan daripada kepimpinan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...