Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Doktor tuduh kerajaan Korea S buat ugutan

    SEOUL, 28 FEB – Sekumpulan doktor Korea Selatan menuduh kerajaan melakukan ‘ugutan’ hari ini, menjelang tarikh akhir bagi kira-kira 10,000 pegawai perubatan pelatih yang membantah untuk kembali bekerja atau berdepan hukuman.

    Angka rasmi menunjukkan 9,937 doktor muda atau 80.8 peratus daripada tenaga kerja pelatih telah meletak jawatan di 99 buah hospital umum bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan kemasukan sekolah perubatan secara mendadak bagi menghadapi kekurangan dan masyarakat yang semakin tua.

    Undian menunjukkan pembaharuan mendapat sokongan luas dan kerajaan telah menetapkan tarikh akhir esok untuk doktor kembali bekerja, dengan memberi amaran tindakan undang-undang termasuk pendakwaan dan penggantungan lesen terhadap mereka yang mengingkarinya.

    Seorang wakil Persatuan Perubatan Korea (KMA), kumpulan penting yang terkemuka untuk doktor kanan, menyelar kerajaan hari ini kerana cuba menyelesaikan isu itu dengan ugutan bukannya dialog.

    “Ia merupakan suatu yang menyedihkan untuk menyaksikan tuduhan keterlaluan dan taktik ugutan kerajaan,” kata jurucakap, Joo Soo-ho, kepada pemberita.

    “Sekiranya kerajaan memperketatkan hukumannya selepas 1 Mac, tiada lagi doktor dan pakar tempatan yang dihasilkan pada masa hadapan.”

    Kementerian Kesihatan kelmarin meminta supaya polis melancarkan siasatan ke atas orang yang berkaitan dengan tindakan pemberhentian itu, termasuk lima orang yang dikaitkan dengan KMA. – AFP

    Gambar fail menunjukkan doktor mengadakan perhimpunan menentang dasar perubatan kerajaan berhampiran pejabat presiden di Seoul, Korea Selatan pada 25 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...