Friday, June 28, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Apple tawar diskaun iPhone 15 di China

    CHINA, 15 JAN – Apple Inc menawarkan diskaun sehingga 500 yuan untuk iPhone terbaharunya di China buat kali pertama dalam beberapa tahun, potongan yang jarang berlaku yang mungkin menambah kebimbangan mengenai pengurangan permintaan untuk peranti utamanya.

    Apple secara senyap memperkenalkan penjimatan di laman web rasmi China-nya, hari ini. Perjanjian tawaran itu bermula berlangsung dari 18 hingga 21 Januari menjelang musim beli-belah Tahun Baharu Cina, dan diskaun iPhone bersamaan dengan kira-kira 5 peratus daripada peranti cang-gihnya.

    Langkah itu bertepatan dengan kecen-derungan pelanggan yang semakin mening-kat di China untuk mengutamakan jenama tempatan seperti Huawei Technologies Co, serta perintah yang melarang penggunaan peranti asing di kalangan sebilang agensi dan syarikat yang disokong kerajaan. Analisis menyatakan bahawa jualan iPhone 15 terbaharu dari Apple dijual jauh lebih rendah daripada pendahulunya selepas pelancarannya di China tahun lalu.

    Jefferies memberikan amaran bahawa jualan iPhone pada 2023 di sana mungkin merosot 30 peratus selepas Huawei memperkenalkan siri Mate 60 dengan pemproses buatan China berkeupayaan 7-nanometer – satu pencapaian yang diakui oleh media kerajaan sebagai satu kejayaan nasional walaupun dikenakan sekatan Amerika Syarikat (AS).

    Apple Inc menawarkan diskaun sehingga 500 yuan untuk iPhone terbaharunya di China buat kali pertama. – ANN/The Star

    Rakan kongsi runcit Apple di China sebelum ini telah menawarkan potongan harga yang lebih besar intuk iPhone terkini. Apple sendiri biasanya memberikan diskaun tahunan bagi peranti menjelang Tahun Baharu Cina, yang jatuh pada Februari tahun ini dan dianggap sebagai cuti paling penting di negara itu. Tetapi ia tidak pernah mengurangkan harga bagi iPhone terbaharu dalam beberapa tahun.

    Diskaun tahun ini merangkumi pelbagai model, dari iPhone 13 hingga iPhone 15 Pro Max. Apple juga akan menawarkan penjimatan pada peranti termasuk MacBook Air, kebanyakan model iPad, beberapa AirPod dan Apple Watch SE, menurut laman webnya. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki dibawa turun dari Gunung Fuji

    TOKYO, 27 JUN - Tiga mayat ditemui di dalam kawah di puncak Gunung Fuji, gunung paling terkenal di Jepun, dengan salah seorang daripada mereka...