Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Arab Saudi hos Liga Elit Juara-juara AFC

    KUALA LUMPUR, 1 DIS – Arab Saudi akan menjadi tuan rumah peringkat akhir pertandingan kelab terbaik Asia selama dua tahun, kata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini, menjelang kemungkinan negara tersebut menjadi tuan rumah Piala Dunia.

    Liga Elit Juara-juara AFC yang melibatkan 24 pasukan itu akan menggantikan Liga Juara-juara sedia ada pada musim depan, dengan hadiah sebanyak AS$12 juta akan diberikan kepada pasukan yang menang.

    Dua puluh empat kelab terbaik rantau ini akan dibahagikan kepada dua liga, iaitu Liga Timur dan Liga Barat, dengan persaingan di tempat sendiri dan di tempat lawan bagi merebut tempat ke peringkat 16 terakhir.

    Lapan pasukan pemenang akan mara ke Peringkat Akhir, di mana pasukan akan bermain di peringkat suku akhir, separuh dan akhir dalam format satu perlawanan, yang akan diadakan di Arab Saudi untuk dua edisi pertama pada musim 2024/2025 dan 2025/2026.

    Arab Saudi menewaskan bidaan yang dikemukakan oleh persatuan bola sepak Iraq ‘selepas menilai keperluan infrastruktur dan penginapan serta semua aspek operasi utama yang lain’, kata AFC dalam satu kenyataan.

    Arab Saudi adalah satu-satunya pembida untuk Piala Dunia 2034.

    Negara itu sudah pun menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab FIFA akhir bulan ini, Piala Asia 2027 dan Sukan Asia 2034. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...