Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Thunder bangkit tewaskan Lakers

    LOS ANGELES, 1 DIS – Shai Gilgeous-Alexander mengutip 33 mata untuk mendorong pasukan Oklahoma City Thunder meraih kemenangan 133-110 ke atas pasukan Los Angeles Lakers, yang dipimpin oleh LeBron James, kelmarin.

    Gilgeous-Alexander berjaya melakukan 11 daripada 18 lontaran dari gelanggang dan berjaya dalam kesemua 10 lontaran bebas.

    Jalen Williams menjaringkan 21 mata, manakala pemain tengah, Chet Holmgren menambah 18 mata untuk Thunder yang mempunyai tujuh pemain.

    Anthony Davis memimpin Lakers dengan 31 mata dan 14 rebound. James pula berjaya meraih 21 mata, 12 rebound dan enam assists untuk Lakers yang mendahului 14 mata pada separuh masa pertama, tetapi gagal memberikan tekanan pada malam kedua pertandingan berturut-turut disebabkan oleh kecederaan yang dialami ramai pemain.

    Thunder berjaya menewaskan Lakers 42-23 dalam suku kedua untuk mendahului 72-60 pada separuh masa dan tidak pernah ketinggalan sepanjang perlawanan.

    “Saya fikir kami bermain dengan amat baik pada suku pertama,” kata James.

    “Tetapi selepas itu, awda mula saksikan tiga daripada empat malam perlawanan berturut-turut, di mana badan kami mulai terasa letih dan ia memberikan tekanan kepada kami… terutamanya semasa bermain menentang pasukan muda seperti OKC.” – AFP

    Shai Gilgeous-ALexander (kiri), cuba mendapatkan mata ketika menentang Lakers dalam perlawanan bola keranjang NBA pada 30 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...