Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Arah pembangunan ekonomi China betul’

    BEIJING, 27 MEI – Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva menyifatkan tindakan China memperkasakan peruntukan dalam pembangunan ekonomi hijau dan ekonomi digital demi membina iklim persaingan yang adil kepada syarikat sebagai arah yang betul.

    Beliau berkata demikian ketika menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) mutakhir ini.

    Beliau berkata dunia kini kekurangan momentum daya produktif dan kenaikan taraf hidup rakyat.

    “Bagaimana kita sekali lagi menyuntik kedinamikan ke dalam daya produktif? Kita perlu bersandarkan kepada sains dan teknologi dan peruntukan dalam pembangunan modal insan. China mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang tersebut,” kata Georgieva.

    Beliau berkata China sebagai satu daripada satu pengasas IMF, daripada menimba pengalaman negara lain pada masa dahulu, kini telah menjadi teladan kepada negara lain.

    “Saya telah melawat banyak negara dan melihat model pembangunan China ‘direplika’ di negara-negara itu,” katanya

    Ketika mengulas siri dasar yang diamalkan kerajaan China untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur global, Georgieva berkata bahawa beliau percaya gabungan kekuatan pasaran dengan pengaturan sumber akan dapat meningkatkan produktiviti modal dan produktiviti kerja supaya merangsang pertumbuhan ekonomi.

    “China kini sedang beralih daripada pembangunan pesat ke pembangunan bermutu tinggi.

    Saya dimaklumkan dari kumpulan pemimpin China bahawa negara ini berazam untuk memperkasakan pembaharuan dan ini sudah pasti akan membawa semula kemakmuran dan pembangunan kepada rakyat,” kata Georgieva. – Bernama

    Kristalina Georgieva semasa bercakap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi, pada April 2024. Menurutnya, pembangunan ekonomi China berada di arah yang betul. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...