Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Argentina jelajah ke AS selepas China batal perlawanan

    BUENOS AIRES, 23 FEB – Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) berkata kelmarin, pasukan kebangsaannya akan bermain dua perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat (AS) pada Mac selepas China membatalkan perlawanan dalam pertelingkahan mengenai ketidakhadiran Lionel Messi di Hong Kong.

    Pasukan juara dunia itu akan berentap dengan El Salvador di Philadelphia pada 22 Mac dan Nigeria di Los Angeles empat hari kemudian, kata AFA dalam laman webnya.

    Pasukan Argentina sepatutnya bermain dengan Nigeria di Hangzhou dan juara Afrika, Ivory Coast di Beijing, tetapi perlawanan itu dibatalkan oleh China yang menganggap ketiadaan Messi sebagai penghinaan politik.

    Pemenang Ballon d’Or lapan kali itu dipuja peminat di China tetapi kekal di bangku simpanan semasa Inter Miami menang 4-1 dalam perlawanan jelajah pra musim menentang XI pilihan Hong Kong.

    Hampir 40,000 penonton telah membayar lebih AS$125 untuk melihat bintang berusia 36 tahun itu beraksi, sambil menjerit “Bayar Balik!”, memberi isyarat jari ke bawah dan mengecam Messi dan pemilik bersama Inter Miami, David Beckham selepas wisel penamat.

    Messi menegaskan ketiadaannya adalah disebabkan oleh kecederaan.

    AS bakal menjadi tuan rumah Copa America pada Jun dan Julai, di mana Argentina akan berusaha untuk mengekalkan gelaran yang diraih di Brazil pada 2021. – AFP

    Messi beraksi semasa perlawanan MLS di Stadium Chase di Fort Lauderdale, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...