Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ariane 6 dijangka dilancarkan pertengahan tahun depan

    PARIS, 30 NOV – Agensi Angkasa Eropah (ESA) hari ini mengumumkan bahawa pelancaran pertama bagi roket generasi seterusnya, Ariane 6 akan berlangsung antara 15 Jun dan 31 Julai tahun depan.

    Ketua ESA, Josef Aschbacher memberitahu sidang akhbar bahawa pengumuman julat tarikh pelancaran 2024 dibuat selepas ‘kejayaan penuh’ latihan persiapan di pelabuhan angkasa Eropah di Guiana Perancis minggu lepas.

    Ujian itu melibatkan penghidupan enjin pelancar Vulcain 2.1 dan menjalankannya selama lebih daripada tujuh minit.

    Aschbacher berkata ia adalah ‘hari yang baik’ untuk usaha angkasa Eropah, sambil menambah bahawa tarikh pelancaran yang lebih tepat dijangka diumumkan pada Mac atau April 2024.

    Philippe Baptiste, ketua agensi angkasa Perancis CNES, berkata bahawa keputusan mengenai tarikh yang tepat akan menyusul selepas ‘semakan kelayakan am’ pelancar itu dijalankan.

    Ariane 6 masih perlu melepasi dua lagi ujian di bawah ‘keadaan terjejas’ pada 3 dan 15 Disember. – AFP

    Asap kelihatan semasa ujian roket Ariane 6 di Guiana Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...