Saturday, December 14, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arnold Schwarzenegger dedah hampir maut

    Pelakon Arnold Schwarzenegger mendedahkan pengalaman ngeri apabila dia hampir maut ketika menjalani pembedahan jantung lima tahun lalu.

    Arnold, 76, berkata, nyawanya hampir melayang di meja bedah gara-gara kesilapan dilakukan pakar pembedahan sehingga berlaku pendarahan, dedah mStar.

    “Saya masih ingat ketika saya menjalani pembedahan jantung terbuka, yang ketiga beberapa tahun lalu sebelum kami memulakan penggambaran filem Terminator 6.

    “Saya benar-benar ketakutan… Saya tersedar dan tiba-tiba doktor berada di hadapan saya memberitahu pembedahan yang dijalankan tidak seperti dirancang,” katanya.

    Cerita Arnold, pembedahan jantung itu bertukar rumit apabila pasukan perubatan membuat kesilapan sehingga tercucuk dinding jantungnya.

    Kata Arnold, pengalaman itu cukup menakutkan namun bersyukur dia masih diberi peluang untuk bernafas dan lebih menghargai kehidupannya.

    Sementara itu, Arnold berkata, dia berkongsi pengalaman ngeri itu untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam. – Agensi

    Arnold Schwarzenegger cerita kisah lima tahun lalu ketika dirinya hampir mati kerana kecuaian doktor. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda