Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Arsenal belasah Chelsea 5-0, kukuhkan pendahuluan EPL

    LONDON, 24 APRIL – Arsenal memperoleh kemenangan terbesar ke atas Chelsea apabila Kai Havertz menjaringkan dua gol menentang bekas pasukannya dalam kekalahan 5-0, semalam, yang mengukuhkan kedudukan The Gunners di puncak Liga Perdana Inggeris.

    Ben White juga mendapat dua gol pada separuh masa kedua menentang pasukan Chelsea yang tumbang selepas rehat dan menyaksikan kebanyakan penyokong di tempat lawan meninggalkan Stadium Emirates sebelum wisel penamat.

    “Ia adalah malam yang hebat,” kata pemain sayap Arsenal, Leandro Trossard, yang membuka tirai jaringan pada minit keempat. “Gol awal membantu kami dan selepas itu kami bermain dengan begitu baik. Kami mempunyai banyak peluang dan kami mengubahnya menjadi gol.”

    Kemenangan itu memastikan Arsenal akan memasuki hujung minggu dengan pendahuluan liga. Pasukan Mikel Arteta berada tiga mata di hadapan Liverpool menjelang perlawanan derbi Merseyside di Everton pada hari ini.

    Manchester City ketinggalan empat mata sebelum bermain di Brighton pada hari Khamis, dengan satu lagi perlawanan dalam tangan. – AP

    Kai Havertz (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Chelsea di Stadium Emirates di London, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...