Monday, February 3, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal belasah City 5-1

    LONDON, 3 FEB – Arsenal menewaskan Manchester City 5-1 untuk mengekalkan harapan kejuaraan Liga Perdana mereka kelmarin.

    “Ia adalah hari yang hebat untuk kami, terutamanya apabila kami memerlukan kemenangan,” kata bos Arsenal, Mikel Arteta.

    Arsenal bermula dengan sempurna dalam masa dua minit apabila Manuel Akanji kehilangan penguasaan bola dan Kai Havertz membuka ruang untuk Martin Odegaard membuat jaringan.

    Erling Haaland menanduk masuk gol ke-250 kelabnya pada awal separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan City.

    Tetapi juara bertahan itu menjadi semakin lemah apabila bolos lagi dalam masa 105 saat selepas kedudukan seri apabila rembatan Thomas Partey melantun masuk ke gawang terkena belakang John Stones.

    “Ia berlaku sepanjang musim, kami cuai terlalu banyak,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

    “Awda tidak boleh kehilangan kawalan, ia adalah 95 minit. Awda tidak boleh menamatkan perlawanan dengan cara ini.”

    Myles Lewis-Skelly memanfaatkan sepenuhnya penangguhan kad merah dalam perlawanan lepas apabila merembat gol ketiga Arsenal menandakan gol pertamanya untuk kelab itu.

    Havertz merembat rendah dan kencang ke sudut jauh setelah pertahanan City diceroboh dengan mudah oleh serangan balas Arsenal pada minit ke-76.

    Dan seorang lagi pemain remaja Arsenal, Ethan Nwaneri melengkapkan kekalahan City apabila rembatannya melencong masuk ke gawang pada masa kecederaan.

    Kekalahan menyebabkan City masih di tempat keempat tetapi kini 15 mata dari puncak dan secara realistik ditumbangkan dari takhta selepas empat musim berturut-turut bergelar juara liga. – AFP

    Martin Odegaard meraikan gol pembukaan pasukannya semasa menentang Manchester City di stadium Emirates di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda