Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal tersingkir, Newcastle layak final Piala Liga

    NEWCASTLE, 6 FEB – Newcastle mara ke final Piala Liga buat kali kedua dalam tempoh tiga musim dengan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal dalam perlawanan separuh akhir kedua semalam.

    Pasukan bimbingan Eddie Howe mendahului menerusi gol Jacob Murphy pada minit ke-19 di St James’ Park.

    Anthony Gordon memastikan Newcastle mara 4-0 secara dengan gol kedua pada minit ke-52 ketika Arsenal dihukum kerana kelemahan di benteng pertahanan.

    Newcastle, yang telah mengalahkan Arsenal tiga kali musim ini, akan bertemu Liverpool atau Tottenham pada final di Wembley pada 16 Mac.

    Tottenham mendahului 1-0 secara agregat menjelang perlawanan kedua mereka di Anfield hari ini.

    Jacob Murphy meraikan jaringan gol pertama pasukannya semasa perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris antara Newcastle United dan Arsenal di Stadium St James’ Park di Newcastle, England, pada 5 Februari. – AP

    Setelah menang aksi pertama 2-0 di Arsenal pada Januari, Newcastle mengekalkan fokus untuk melengkapkan tugas di hadapan penyokong mereka yang bersemangat.

    The Magpies hanya selangkah daripada merangkul trofi utama pertama mereka sejak memenangi Piala Fairs Antara Bandaraya pada 1969.

    Pasukan Howe tewas 2-0 kepada Manchester United pada final Piala Liga 2023, manakala Newcastle turut kecundang pada final Piala FA pada 1999, 1998 dan 1974 sejak kemenangan terakhir mereka.

    Sudah 70 tahun sejak Newcastle menjulang trofi utama domestik dengan menjuarai Piala FA 1955. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda