Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Artis rap didakwa terlibat rompakan mesin ATM

    ATHENS, 5 DIS – Polis di Greece telah menahan seorang artis rap berusia 28 tahun yang didakwa menggunakan bahan letupan untuk merompak mesin wang tunai (ATM) dan membiayai video muziknya, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Penyanyi Greece yang tidak disebutkan namanya itu ditahan pada hujung minggu bersama dua lagi suspek berusia 26 dan 27 tahun selepas polis menyerbu sebuah hartanah berhampiran Athens dan menggeledah beberapa kenderaan.

    Polis berjaya merampas 1.5 kilogram bahan letupan, senapang serangan M16, empat pistol dan wang tunai bernilai lebih AS$217,200.

    “Mereka melakukan pengubahan wang dengan membelanjakan jumlah yang terlalu tinggi melalui industri muzik atau dengan berjudi di kasino,” dakwa Brigadier Jeneral, Ioannis Skouras.

    Jurucakap polis, Constantia Dimoglidou mendakwa kumpulan itu dikaitkan dengan 10 serangan ATM di beberapa kawasan di Greece, kebanyakannya di lokasi terpencil, mencuri kira-kira AS$770,000 secara keseluruhan.

    Ketiga-tiga suspek kini menghadapi tuduhan pelbagai rompakan, memiliki senjata api secara haram, memiliki dan menggunakan bahan letupan secara haram serta pencurian kenderaan. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...