Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rumah kembar digeledah polis musnah dalam letupan

    ARLINGTON, 5 DIS – Letupan besar di sebuah rumah kembar di mana polis sedang menyiasat laporan tembakan yang dilepaskan telah menggegarkan pinggir bandar Washington, DC, kelmarin sekali gus memusnahkan rumah tersebut.

    Semua pegawai terselamat daripada kecederaan serius tetapi tidak jelas apa yang berlaku kepada suspek yang berada di dalam rumah ketika letupan berlaku, kata jurucakap polis Arlington County, Virginia, Ashley Savage.

    Pegawai polis pergi ke rumah itu kira-kira jam 4:45 petang waktu tempatan selepas menerima laporan satu tembakan dilepaskan. Mereka kemudiannya menentukan tembakan datang dari sebuah senapang suar, kata Savage. Semasa polis menyiasat, mereka memperoleh waran geledah untuk rumah tersebut.

    Apabila polis kemudian cuba menggeledah rumah itu, suspek melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah dan letupan berlaku tepat sebelum 8:30 malam, mencetuskan api dan serpihan ke udara, kata polis.

    Savage berkata ia tidak jelas sama ada tembakan itu dilepaskan daripada senapang suar atau senjata api. Polis tidak mempunyai sebarang bukti bahawa orang lain berada dalam rumah itu tetapi tidak dapat menyangkal kemungkinan tersebut, katanya.

    Carla Rodriguez dari South Arlington berkata dia dapat mendengar letupan itu lebih 3.2 kilometer jauhnya dan datang ke tempat kejadian tetapi polis menghalang orang ramai beberapa blok dari tempat kejadian. – AP

    Pegawai bomba dan polis berjalan di sekitar tempat kejadian letupan rumah di Arlington, Virginia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...